Assalamualaikum dan selamat sejahtera
Kali ini saya akan menulis tentang putaran
pengurusan kewangan. Saya bukanlah pakar dalam pengurusan kewangan, tapi niat
saya adalah untuk berkongsi ilmu dengan pembaca semua tentang bahan rujukan
saya gunakan dalam membaiki kehidupan ke arah yang lebih baik. Saya ingin
kongsikan buku yang ditulis oleh Alwi Adam bertajuk DIY 360 darjah Mengurus Wang.
Anda boleh dapatkan buku beliau secara online di http://ezaz.my/
Perkara pertama yang perlu dilakukan
terhadap kewangan kita adalah analisa penyata kewangan kita sekarang.
Senaraikan pendapatan aktif dan pasif, semua perbelanjaan wajib dan tak wajib.
Semak aliran tunai kita dengan menolak pendapatan dengan perbelanjaan. Jika
hasilnya adalah positif, tahniah anda berada di landasan yang betul. Disiplin
yang tinggi dan konsisten sangat penting untuk mencapai kebebasan kewangan
kita, ini termasuklah simpan dahulu duit gaji yang diterima, barulah berbelanja
apa yang tinggal. Bukan sebaliknya, kerana simpanan anda itulah hadiah untuk
diri dan keluarga anda. Jika aliran tunai anda adalah negatif, semak semula
perbelanjaan anda sama ada, ansuran bulanan kereta anda terlalu tinggi, anda
hanya ada 1 punca pendapatan dan sebagainya.
Perkara kedua yang ditekankan adalah matlamat
kewangan anda. Apa yang ingin anda capai dalam masa beberapa tahun. Contohnya
seperti ingin menyediakan 6 bulan gaji sebagai simpanan kecemasan anda dalam
masa setahun, memiliki rumah 2 rumah sewa yang beraliran tunai positif sebanyak
RM1000 dan bermacam-macam lagi. Tulis matlamat anda, tampalkan di sekeliling
dinding rumah, tandas supaya ia sudah menjadi sebahagian daripada minda separuh
sedar anda, mengikut 'law of attraction' yang telah dinyatakan dalam entri
sebelum ini. Menurut Alwi Adam dalam bukunya, 'Konsep wang adalah kita perlu
memberitahu duit kita ke mana ia harus pergi, bukan berfikir-fikir ke mana ia
pergi.
Ketiga, perancangan belanjawan termasuk
dalam salah satu proses pengurusan kewangan. Dalam bab ini, ia menceritakan
tentang pengurusan risiko dan takaful. Hidup kita penuh dengan risiko yang
harus dihadapi, seperti risiko mendapat penyakit dan bencana alam. Risiko
terbahagi kepada 2, risiko tulen dan spekulatif. Risiko tulen seperti rumah
kita roboh kerana bencana alam di mana dari segi kewangan ia tidak memberi
kelebihan, malah boleh jadi mencacatkan pelan kewangan anda.
Risiko spekulatif pula boleh memberi
keuntungan atau kerugian kepada kita. Ini contohnya seperti anda melabur dalam
pasaran saham yang ada risiko untung ruginya. Pengiraan risiko adalah penting
untuk membolehkan anda mendapat keuntungan daripanya sama ada jangkamasa pendek
atau panjang. Setelah risiko dikenalpasti, ia harus diuruskan sebaiknya. Ini
bekenaan risiko tulen seperti penyakit yang kemungkinan boleh dihadapi. Jadi
kita boleh menguruskan risiko tersebut dengan memindahkannya kepada syarikat
insuran dan takaful.
Kini, terdapat pelbagai produk takaful
dipasaran yang boleh dipilih bersesuaian dengan keadaan kewangan dan risiko
yang dipindahkan. Kita perlu memastikan ia adalah takaful yang dihalalkan dalam
islam, dan menilai produk yang ditawarkan. Terdapat pelbagai kelebihan seperti,
pelaburan, simpanan, haji dan umrah serta bermacam-macam lagi. Seharusnya kita
perlu mengambil polisi asas sahaja iaitu kematian, kecacatan kekal dan penyakit
kritikal. Jika kita ingin membuat simpanan atau pelaburan, kita boleh terus
menyimpan di Tabung Haji, ASB dan lain-lain institusi yang patuh syariah dan
memberi pulangan tinggi.
Terdapat banyak lagi topik yang penting dikupas
dalam buku DIY 360 darjah Mengurus Wang oleh Alwi Adam. Ia buku yang sangat
saya cadangkan kepada anda di luar sana untuk menambah baik keadaan kewangan
anda. Semoga artikel ini dapat membantu anda mencari buku yang berkualiti
sebagai bahan bacaan dalam memperbaiki hidup kita hari ini ke tahap yang lebih
baik.
Sekian, wassalam
Intan Syafinaz Zubir
Public Gold Authorize Dealer PG 59676
0139307110
No comments:
Post a Comment