Sunday 16 April 2017

Kitaran Perancangan Kewangan - Part 2


Assalamu’alaikum

Hari ini saya terpanggil nak kongsi tentang perancangan kewangan - part 2. Di sini saya tambah tentang perlindugan dan pelaburan sehinggalah ke wasiat untuk peninggalan kepada orang tersayang.

Kebanyakan orang tahu kita perlu simpan duit, 3-6bulan gaji sebagai simpanan kecemasan, kemudian apa lagi setelah ada simpanan kecemasan? Belanjakan apa yang selebihnya? Laburkan selebihnya? Sebenarnya bila bercakap pasal kewangan kita ada putaran/ kitaran kewangan yang melengkapkan kehidupan untuk mendapat ketenangan jiwa di akhirnya. Saya kongsikan kitaran ini hasil pembelajaran beberapa jam dengan kak saranadia yang giat berkongsi tentang pelaburan,  takaful, pembelian asset. Anda boleh buat carian di FB dengan nama Saranadia yang bersama 1 pasukan kak Ieza Yusof. Anda boleh belajar lebih banyak lagi dengan hadiri seminar dan layari fb Kak Ieza.

Kitaran kewangan bermula dengan pembinaan kekayaan secara kerja makan gaji atau berniaga dan bermacam2 lagi cara yang halal untuk kita bina kekayaan. Setelah kita bina, kita perlu urus kekayaan ini dengan betul agar ia dibelanjakan di jalan yang berfaedah dan mendatangkan manfaat untuk kita di masa depan. Di sinilah kita akan buat kira2 total pendapatan, perbelanjaan, simpanan wajib, perbelanjaan wajib, sampah dan kebocoran wang yang kita alami setiap bulan. Ini dimaksudkan dengan pengurusan kewangan. Simpanan wajib juga terbahagi kepada simpanan untuk perlindungan, dan pelaburan. Pelaburan ini sangat penting untuk memastikan kita bukan kerja untuk wang, tapi wang berkerja untuk kita. Secara amnya,

Simpanan: 30% dari pendapatan (10% perlindungan (Tabung Haji, ASB,Takaful, Insurans, Emas, Perak) 20% labur (Unit Trust, saham)
Perbelanjaan: 60% dari pendapatan (Rumah, Bil api air, telefon, kereta, sara hidup keluarga)
Sampah dan kebocoran aka Entertainment: 10% dari pendapatan (tengok wayang, Mc D, KFC, Astro, Melancong)

Setelah kita urus kekayaan, kita perlu lindung kekayaan iaitu perlindungan takaful sama ada kematian, kecacatan kekal, sakit kronik, kebakaran dan juga asset. Setelah lindung, laburkan lah kekayaan kita Dalam pelbagai platform yang ada serta mendapat pulangan lebih baik dari fixed deposit (simpanan dalam bank) seperti unit trust, KWSP, Private Retirement Scheme (PRS), Amanah Hartanh Bumiputera (AHB), saham di stock market dan ASB. Akhirnya kita bahagikan harta tersebut iaitu melalui wasiat. Wasiat sangat penting untuk memastikan harta kita semua dibahagikan secara adil dan saksama terhadap orang tersayang.

Jika di tanya pada saya, Tabung Haji merupakan salah satu badan institusi yang selamat selain menyimpan untuk menunaikan haji ia menjadi salah satu instrument pelaburan yang lebih baik dari fixed deposit dengan pulangan 4.5% pada tahun 2016 semasa zaman ekonomi gawat. Selain itu, kita juga boleh melabur Dalam pelbagai unit trust company berdaftar di Malaysia tidak kira secara tunai atau melalui KWSP akaun 1 jika anda mahu memaksimumkan pulangan dalam KWSP. Inilah yang dikatakan 10% lindung, 20% labur. 

Disiplin sangat penting dan amalan delayed gratification atau menangguhkan keinginan amatlah perlu demi untuk kehidupan senang di kemudian hari. Jika anda semua rabun kelabu mata melihat amount RM yang banyak di dalam akaun, boleh tukarkan kepada emas agar ia menjadi simpanan yang dilupakan. Contohnya dari kisah saya sendiri, saya menyimpan emas dan kemudian terus lupakan berapakah nilai yang ada sehinggalah saya mahu membeli rumah dan kekurangan dana untuk membayar peguam. Jadi saya telah pun menukarkan sebahagian emas jongkong saya kepada duit. Mudah kan, duit tak hilang, tapi nilainya tersimpan dalam emas yang ada. Lihat saja emas, semakin saying dan keinginan untuk beli dan beli dan beli lagi. Hehe

Selain labur dalam tabung Haji, unit trust, pembelian saham juga adalah salah satu cara yang halal dan cepat juga untuk menambah kekayaan. Terdapat banyak kaunter yang patuh syariah yang boleh beri pulangan lumayan 20-30% sebulan bergantung kepada saham yang dibeli, platform yang kita gunakan dan capital yang kita laburkan. Tetapi risiko tetap ada, Cuma menjadi trader atau pedagang saham tidaklah sesusah yang kita rasa. Ia mudah dengan segala informasi dihujung jari, hanya klik beli dan jual pada smartphone kita saja sudah memadai. Masa yang diperuntukkan juga tidak lama dalam sehari.  Saya akan berkongsi lebih lanjut tentang saham dalam entry seterusnya insya Allah.




Sampai di sini dulu, assalamu’alaikum dan terima kasih kerana sudi membaca blog saya. 

#berkongsilahwalausatuayat

Gambar credit to: dreamstime.com

Intan 0139307110

Sunday 9 April 2017

Berpantang di Confinement Centre - Mom Retreat Home

Assalamu'alaikum

Kini tiba masa saya tunaikan janji saya bercerita tentang berpantang. Saya kematian ibu 6 tahun yang lalu, ketika saya masih belum mempunyai anak. Saya berpantang 2 anak sebelum ini di rumah mertua dibantu oleh makcik wiwik pembantu rumah kakak saya. Ketika anak ketiga, saya tidak lagi dapat menggunakan khidmat pembantu kakak saya, jadi saya mencari alternatif lain, iaitu mencari mak bidan atau rumah berpantang yang boleh membantu saya berpantang tanpa stress. Hehehe stress adalah musuh no1 ibu berpantang kerana stress atau meroyan boleh menyebabkan pelbagai kejadian tak diingini berlaku.

Setelah membuat sedikit kajian, saya akhirnya memilih untu duduk di confinement centre yang dinamakan Mom Retreat Home. Anda yang berminat boleh klik di link ini ya.  http://www.momretreathome.com/
Biar saya kongsi serba sedikit servis kat sini yang tip top yang membuatkan saya memilih Mom Retreat Home. Biliknya memang sangat selesa, servis ala2 hotel. Staff akan datang mengemas bilik setial hari. Ada disediakan air panas dan biskut2 di bilik jika lapar di antara masa makan. Di sini kalori makanan memang dijaga dan menu semuanya adalah menu orang berpantang yang halal. Jadi anda semua tak perlu risau. Makanan disediakan di sini sebanyak 5 kali setiap hari dari sarapan pagi, makan tengahri, minum petang, makan malam dan supper. Jadi anda semua tak perlu risau kelaparan.

Untuk servis mengurut, ni yang paling best sebab sesi urutan badan, mandian herba dan tungku akan dilakukan setiap hari. Bertungku pula akan dibuat 2 kali setiap hari. Selain itu, setiap 5 hari akan dibuat lulur dan stim badan, terapi kaki dan kepala/rambut. Syoknya kan membayangkan diri dimanjakan begitu. Tukang urut semuanya ada kelulusan fisioterapi, nursing dan yang berkait dengannya. Jadi Insya Allah tak perlu risau kerana mereka tahu apa yang mereka buat, terutamanya berurut.

Untuk membolehkan kita ibu berpantang berehat secukupnya, bayi juga akan dijaga, dimandikan diurut oleh staf berpengalaman setiap hari. Jika kita tidak mahu memberi bayi susu ibu yang dipam, bolehla direct feed bayi, tak menjadi masalah kerana ia mengikut keselesaan kita. Kemudian, segala kelengkapan ibu dan bayi perlu di bawa sendiri dari rumah, semua baju kotor akan dicuci dan dilipat oleh staf setiap hari. Jadi memang worry free bila duduk di sini. Selain itu, anak2 dan suami boleh datang melawat ibu dan baby, tiada masalah di situ.

Selain dari servis di rumah pantang Mom Retreat Home, mereka juga ada meneydiakan pelbagai pakej berpantang datang ke rumah dan menginap, pakej basic urut dan tungku 2 jam, sehari 9am-6pm. Ingin tahu lebih lanjut boleh klik di link di atas ya.




Jumpa lagi di next entry. Insya Allah.


Sunday 2 April 2017

Kelahiran Anak ketiga

Assalamu'alaikum semua

Alhamdulillah saya sebenarnya berhenti menulis buat seketika waktu tahun lepas kerana saya mengandungkan anak ke3. Ia sangat mencabar kerana saya perlu bahagikan masa jalankan tanggungjawab sebagai hamba Allah, ibu kepada 2 anak, isteri kepada suami, bibik membuat kerja rumah dan eksekutif di pejabat di saat keadaan saya berbadan 2.

Memegang pelbagai tugas membuatkan masa yang ada sesungguhnya amat singkat dengan tanggungjawab yang ada. Sesungguhnya hanya Allah yang bantu saya selesaikan segala2 galanya.

Saya selamat melahirkan anak lelaki pada 9 Januari 2017 pada 6.20 petang di Hospital Pakar Perdana Kota Bharu. Alhamdulillah hanya Allah membantu saya selamat melahirkan anak yang sihat walafiat sesudah kelahiran bersama keadaan ibu yang stabil lepas kelahiran itu. . Kesemua kelahiran saya boleh dikatakan mencabar, kerana sakit bersalin kira 8-12jam atau lebih sejak daripada anak pertama. Saya redho itu bahagian yang Allah sudah tentukan untuk saya, memandangkan saya tidak alami sebarang alahan ketika 9 bulan mengandung. Alhamdulillah segala pujian bagi Allah yang menguasai segala di langit dan bumi.

Anak ke3 ini, saya sudah sakit sejak pukul 7 pagi, suami telah pun berangkat ke Terengganu untuk pulang bekerja. Ketika itu contraction lebih kurang 7-5 minit sekali. Jarak hospital yang dekat kira2 10-15minit perjalanan dari rumah mentua membuatkan doktor nasihatkan hanya datang ke hospital apabila contraction sekerap 5minit. Waktu ini saya sudah berada di minggu ke 39 kehamilan dan kesemua anak saya lahir sama ada pada minggu ke 40 atau 41.

Seminggu sebelum ini, saya sudah pun mula minum air akar fatimah yang direndam, memang rasanya seperti akar kayu- kayan tapi dengan niat semoga Allah izinkan saya bersalin normal dan mudahnya jalan terbuka dengan usaha saya tak seberapa. Saya gagahkan minum setiap hari. Akar ini didapati di Mekah dan boleh disimpan bertahun lamanya. Air akar ni boleh diminum 1-2minggu sebelum EDD anda bagi mudahkan jalan untuk terbuka.

Berbalik pada hari saya bersalin, setelah sakit mula terasa sangat kuat saya hanya mampu berzikir dan berbaring di katil sambil diurut suami di tempat terasa contraction tu berjam2 lamanya. Terima kasih ya Allah datangkan pada saya suami yang bersusah payah ketika saya bertarung nyawa mahu melahirkan baby Adam, 'Ammar dan Zahraa'. Ia rezeki yang amat bernilai buat saya.

Baby Adam beratnya 3.15kg dan disebabkan saya berada di posisi kurang bersedia ketika melahirkan, saya alami 1st degree perineal tear yang sakitnya hanya Alah yang tahu. Saya sukar bergerak hatta hanya untuk beralih punggung, mengiring apatah lagi bergerak ke tandas. Alhamdulillah suami lah yang membantu saya membuat segala pergerakan, selama saya di hospital dan pulang ke rumah.

Wahai suami2 di luar sana yang membaca, hargai lah isteri anda kerana Allah, jalankan tanggungjawab anda kerana Allah, sayangilah segala yang anda anda sekarang kerana Allah. Semoga hati kita semua tenang mengejar hanya kasih sayang Allah di muka bumi ini. Begitu juga sang isteri, lakukan setiap perkara sayangi suami dan anak, buat lah kerja rumah, kerja di pejabat setiap inci hidup kita semata2 kerana mencari sayang Allah. Semoga Allah membalas segala perlakuan kita ini dengan rahmat dan kasih sayangnya pada kita dan keluarga. Aminnn

Cerita tentang pantang akan saya kongsi di entry seterusnya ya. Nantikan next entry!
Assalamu'alaikum