Assalamu’alaikum
Hari ini saya terpanggil nak kongsi tentang perancangan
kewangan - part 2. Di sini saya tambah tentang perlindugan dan pelaburan sehinggalah ke wasiat untuk peninggalan kepada orang tersayang.
Kebanyakan orang tahu kita perlu simpan duit, 3-6bulan gaji sebagai simpanan kecemasan, kemudian apa lagi setelah ada simpanan kecemasan? Belanjakan apa yang selebihnya? Laburkan selebihnya? Sebenarnya bila bercakap pasal kewangan kita ada putaran/ kitaran kewangan yang melengkapkan kehidupan untuk mendapat ketenangan jiwa di akhirnya. Saya kongsikan kitaran ini hasil pembelajaran beberapa jam dengan kak saranadia yang giat berkongsi tentang pelaburan, takaful, pembelian asset. Anda boleh buat carian di FB dengan nama Saranadia yang bersama 1 pasukan kak Ieza Yusof. Anda boleh belajar lebih banyak lagi dengan hadiri seminar dan layari fb Kak Ieza.
Kebanyakan orang tahu kita perlu simpan duit, 3-6bulan gaji sebagai simpanan kecemasan, kemudian apa lagi setelah ada simpanan kecemasan? Belanjakan apa yang selebihnya? Laburkan selebihnya? Sebenarnya bila bercakap pasal kewangan kita ada putaran/ kitaran kewangan yang melengkapkan kehidupan untuk mendapat ketenangan jiwa di akhirnya. Saya kongsikan kitaran ini hasil pembelajaran beberapa jam dengan kak saranadia yang giat berkongsi tentang pelaburan, takaful, pembelian asset. Anda boleh buat carian di FB dengan nama Saranadia yang bersama 1 pasukan kak Ieza Yusof. Anda boleh belajar lebih banyak lagi dengan hadiri seminar dan layari fb Kak Ieza.
Kitaran kewangan bermula dengan pembinaan kekayaan secara
kerja makan gaji atau berniaga dan bermacam2 lagi cara yang halal untuk kita bina kekayaan. Setelah kita bina, kita perlu urus kekayaan ini dengan betul
agar ia dibelanjakan di jalan yang berfaedah dan mendatangkan manfaat untuk
kita di masa depan. Di sinilah kita akan buat kira2 total pendapatan,
perbelanjaan, simpanan wajib, perbelanjaan wajib, sampah dan kebocoran wang
yang kita alami setiap bulan. Ini dimaksudkan dengan pengurusan kewangan.
Simpanan wajib juga terbahagi kepada simpanan untuk perlindungan, dan
pelaburan. Pelaburan ini sangat penting untuk memastikan kita bukan kerja untuk
wang, tapi wang berkerja untuk kita. Secara amnya,
Simpanan: 30% dari pendapatan (10% perlindungan (Tabung Haji, ASB,Takaful, Insurans, Emas, Perak) 20% labur (Unit Trust, saham)
Perbelanjaan: 60% dari pendapatan (Rumah, Bil api air, telefon, kereta, sara hidup keluarga)
Sampah dan kebocoran aka Entertainment: 10% dari pendapatan (tengok wayang, Mc D, KFC, Astro, Melancong)
Setelah kita urus kekayaan, kita perlu lindung kekayaan
iaitu perlindungan takaful sama ada kematian, kecacatan kekal, sakit kronik,
kebakaran dan juga asset. Setelah lindung, laburkan lah kekayaan kita Dalam pelbagai
platform yang ada serta mendapat pulangan lebih baik dari fixed deposit
(simpanan dalam bank) seperti unit trust, KWSP, Private Retirement Scheme
(PRS), Amanah Hartanh Bumiputera (AHB), saham di stock market dan ASB. Akhirnya
kita bahagikan harta tersebut iaitu melalui wasiat. Wasiat sangat penting untuk
memastikan harta kita semua dibahagikan secara adil dan saksama terhadap orang
tersayang.
Jika di tanya pada saya, Tabung Haji merupakan salah satu
badan institusi yang selamat selain menyimpan untuk menunaikan haji ia menjadi
salah satu instrument pelaburan yang lebih baik dari fixed deposit dengan
pulangan 4.5% pada tahun 2016 semasa zaman ekonomi gawat. Selain itu, kita juga
boleh melabur Dalam pelbagai unit trust company berdaftar di Malaysia tidak
kira secara tunai atau melalui KWSP akaun 1 jika anda mahu memaksimumkan
pulangan dalam KWSP. Inilah yang dikatakan 10% lindung, 20% labur.
Disiplin
sangat penting dan amalan delayed gratification atau menangguhkan keinginan amatlah
perlu demi untuk kehidupan senang di kemudian hari. Jika anda semua rabun
kelabu mata melihat amount RM yang banyak di dalam akaun, boleh tukarkan kepada
emas agar ia menjadi simpanan yang dilupakan. Contohnya dari kisah saya
sendiri, saya menyimpan emas dan kemudian terus lupakan berapakah nilai yang
ada sehinggalah saya mahu membeli rumah dan kekurangan dana untuk membayar
peguam. Jadi saya telah pun menukarkan sebahagian emas jongkong saya kepada
duit. Mudah kan, duit tak hilang, tapi nilainya tersimpan dalam emas yang ada.
Lihat saja emas, semakin saying dan keinginan untuk beli dan beli dan beli
lagi. Hehe
Selain labur dalam tabung Haji, unit trust, pembelian saham
juga adalah salah satu cara yang halal dan cepat juga untuk menambah kekayaan.
Terdapat banyak kaunter yang patuh syariah yang boleh beri pulangan lumayan
20-30% sebulan bergantung kepada saham yang dibeli, platform yang kita gunakan
dan capital yang kita laburkan. Tetapi risiko tetap ada, Cuma menjadi trader
atau pedagang saham tidaklah sesusah yang kita rasa. Ia mudah dengan segala
informasi dihujung jari, hanya klik beli dan jual pada smartphone kita saja
sudah memadai. Masa yang diperuntukkan juga tidak lama dalam sehari. Saya akan berkongsi lebih lanjut tentang saham
dalam entry seterusnya insya Allah.
Sampai di sini dulu, assalamu’alaikum dan terima kasih
kerana sudi membaca blog saya.
#berkongsilahwalausatuayat
Gambar credit to: dreamstime.com
Intan 0139307110