Tuesday 26 April 2016

Putaran Pengurusan Kewangan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Kali ini saya akan menulis tentang putaran pengurusan kewangan. Saya bukanlah pakar dalam pengurusan kewangan, tapi niat saya adalah untuk berkongsi ilmu dengan pembaca semua tentang bahan rujukan saya gunakan dalam membaiki kehidupan ke arah yang lebih baik. Saya ingin kongsikan buku yang ditulis oleh Alwi Adam bertajuk DIY 360 darjah Mengurus Wang. Anda boleh dapatkan buku beliau secara online di http://ezaz.my/

Perkara pertama yang perlu dilakukan terhadap kewangan kita adalah analisa penyata kewangan kita sekarang. Senaraikan pendapatan aktif dan pasif, semua perbelanjaan wajib dan tak wajib. Semak aliran tunai kita dengan menolak pendapatan dengan perbelanjaan. Jika hasilnya adalah positif, tahniah anda berada di landasan yang betul. Disiplin yang tinggi dan konsisten sangat penting untuk mencapai kebebasan kewangan kita, ini termasuklah simpan dahulu duit gaji yang diterima, barulah berbelanja apa yang tinggal. Bukan sebaliknya, kerana simpanan anda itulah hadiah untuk diri dan keluarga anda. Jika aliran tunai anda adalah negatif, semak semula perbelanjaan anda sama ada, ansuran bulanan kereta anda terlalu tinggi, anda hanya ada 1 punca pendapatan dan sebagainya. 

Perkara kedua yang ditekankan adalah matlamat kewangan anda. Apa yang ingin anda capai dalam masa beberapa tahun. Contohnya seperti ingin menyediakan 6 bulan gaji sebagai simpanan kecemasan anda dalam masa setahun, memiliki rumah 2 rumah sewa yang beraliran tunai positif sebanyak RM1000 dan bermacam-macam lagi. Tulis matlamat anda, tampalkan di sekeliling dinding rumah, tandas supaya ia sudah menjadi sebahagian daripada minda separuh sedar anda, mengikut 'law of attraction' yang telah dinyatakan dalam entri sebelum ini. Menurut Alwi Adam dalam bukunya, 'Konsep wang adalah kita perlu memberitahu duit kita ke mana ia harus pergi, bukan berfikir-fikir ke mana ia pergi. 

Ketiga, perancangan belanjawan termasuk dalam salah satu proses pengurusan kewangan. Dalam bab ini, ia menceritakan tentang pengurusan risiko dan takaful. Hidup kita penuh dengan risiko yang harus dihadapi, seperti risiko mendapat penyakit dan bencana alam. Risiko terbahagi kepada 2, risiko tulen dan spekulatif. Risiko tulen seperti rumah kita roboh kerana bencana alam di mana dari segi kewangan ia tidak memberi kelebihan, malah boleh jadi mencacatkan pelan kewangan anda. 
Risiko spekulatif pula boleh memberi keuntungan atau kerugian kepada kita. Ini contohnya seperti anda melabur dalam pasaran saham yang ada risiko untung ruginya. Pengiraan risiko adalah penting untuk membolehkan anda mendapat keuntungan daripanya sama ada jangkamasa pendek atau panjang. Setelah risiko dikenalpasti, ia harus diuruskan sebaiknya. Ini bekenaan risiko tulen seperti penyakit yang kemungkinan boleh dihadapi. Jadi kita boleh menguruskan risiko tersebut dengan memindahkannya kepada syarikat insuran dan takaful. 

Kini, terdapat pelbagai produk takaful dipasaran yang boleh dipilih bersesuaian dengan keadaan kewangan dan risiko yang dipindahkan. Kita perlu memastikan ia adalah takaful yang dihalalkan dalam islam, dan menilai produk yang ditawarkan. Terdapat pelbagai kelebihan seperti, pelaburan, simpanan, haji dan umrah serta bermacam-macam lagi. Seharusnya kita perlu mengambil polisi asas sahaja iaitu kematian, kecacatan kekal dan penyakit kritikal. Jika kita ingin membuat simpanan atau pelaburan, kita boleh terus menyimpan di Tabung Haji, ASB dan lain-lain institusi yang patuh syariah dan memberi pulangan tinggi. 

Terdapat banyak lagi topik yang penting dikupas dalam buku DIY 360 darjah Mengurus Wang oleh Alwi Adam. Ia buku yang sangat saya cadangkan kepada anda di luar sana untuk menambah baik keadaan kewangan anda. Semoga artikel ini dapat membantu anda mencari buku yang berkualiti sebagai bahan bacaan dalam memperbaiki hidup kita hari ini ke tahap yang lebih baik. 




Sekian, wassalam

Intan Syafinaz Zubir
Public Gold Authorize Dealer PG 59676
0139307110


Saturday 23 April 2016

Pengurusan Masa

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Saya seorang ibu bekerja dan mempunyai 2 orang anak tanpa pembantu rumah. Selama saya bergelar ibu bekerja ini, saya memang mengalami masalah tak cukup masa untuk menjalankan semua tanggungjawab saya dengan efisyien dan berkesan. Saya juga merupakan ibu yang menyusukan anak sepenuhnya. Pagi hari bangun untuk mengepam susu, menyiapkan anak-anak ke taska dan tadika, bersiap ke tempat kerja. Seharian ke tempat kerja, balik perlu memasak untuk makan malam, bermain di taman permainan jika anak ingin saya bersama dan seterusnya malam mangajar anak-anak Alif Ba Ta, membaca dan rutin itu akan diulang setiap hari. Adakah ini juga masalah anda sebagai ibu yang bekerja?

Alhamdulillah saya sangat bersyukur Allah mengizinkan saya melalui rakan baik saya yang memperkenalkan Pn Husna Haron yang mengasaskan http://www.formulamasa.com/.
Saya sangat-sangat menyarankan ibu bekerja untuk mengikuti seminar beliau. Jika tidak berkesempatan, boleh mengikuti kelas online beliau di link yang diberikan sebentar tadi. Jika anda mengikuti kelas online beliau (dengan bayaran yang sangat minimum berbanding dengan ilmu yang beliau kongsikan), anda akan mendapat ebook sebanyak 6 modul, video dan newsletter. Apalah nilai duit jika dibandingkan dengan masa yang kita rasa sangat berharga yang pergi tidak akan kembali lagi.

Perkara pertama yang ditekankan oleh Puan Husna adalah tentang hubungan kita dengan Allah yang memiliki masa dan seluruh sekalian alam. Adakah selama ini kita sering mengeluh tidak cukup masa untuk melakukan semuanya? Kita sering merungut tidak cukup masa, tiada 'me time', nak masak tiada masa dan macam-macam lagi yang sering menjadi kekangan hidup kita? Jika ya, mungkin itu adalah salah satu penyebab mengapa kita sering berasa tidak cukup masa. Apa yang kita fikir dan katakan juga adalah satu doa. Jika itu yang sering bermain di fikiran kita, itulah yang Allah kurniakan pada kita. ia juga berdasarkan 'law of attraction'. Jadi perkara pertama yang kita perlu lakukan adalah revamp minda, mulakan dengan istigfar dan berzikir sebanyak yang mungkin, dan tukar dari tiada masa kepada SAYA ADA MASA untuk semua yang saya mahu lakukan! Doa pada yang Esa untuk tukar rutin kita dan berikan kita lebih masa untuk anak-anak, diri sendiri, suami dan keluarga. Anda boleh membaca buku Law of Attraction oleh Rhonda Byrne untuk mengetahui lebih lanjut dan lengkap. Saya akan kongsikan tentang buku tersebut dalam entri masa depan.

Perkara penting kedua yang dinyatakan oleh Pn Husna adalah tentang solat di awal waktu. Saya akui saya memang sering kali lewat dan bertangguh dalam menunaikan solat. Ya Allah terasa hinanya saya kerana saya mahu Allah menjaga saya dan keluarga, tetapi saya tidak menjaga Allah dengan solat di awal waktu. Alhamdulillah, Allah izinkan saya untuk terus baiki diri ke arah menjadi insan yang disayangi Allah. Setelah kita tanam azam untuk solat di awal waktu, kita juga harus belajar cara solat dengan postur dan bacaan Al-Fatihah yang betul. Anda boleh google tentang kebaikan solat secara saintifik yang banyak terdapat di internet. Sesungguhnya solat dengan postur yang betul mengaktifkan titik tertentu di dalam badan kita yang dapat membantu kita menyerap tenaga semaksimum mungkin dari alam semesta. Kita revamp ini dahulu, dan ikuti dengan seterusnya.

Setelah minda sudah perlahan berjaya membuang perkataan saya tiada masa secara perlahan-lahan, anda perlu membuat perancangan, membuat jadual bukan sahaja untuk diri sendiri, malah untuk anak-anak. Jadual yang teliti dan lengkap adalah penting untuk memastikan anda tahu apa yang perlu dibuat selepas setiap pekerjaan. Minda yang serabut memikirkan setiap perkara yang perlu dilakukan adalah merupakan juga salah satu punca tidak cukup masa, hati tidak tenang dan sentiasa berkejar untuk melakukan semua perkara. Senaraikan rutin anda sekarang dan tulis rutin impian anda.
Rutin impian anda perlulah menagndungi 70% perkara rutin dan selebihnya non rutin seperti menjahit butang baju, kemas rak buku etc.

Saya tidak mampu untuk bercerita tentang semuanya di sini. Saya berkongsi secara kasar sahaja apa yang telah saya pelajari melalui Pn Husna Haron di dalam kelas online nya. Saya sangat-sangat menggalakkan anda untuk membeli kelas online tutorial mahupun seminar beliau kerana ilmu yang dikongsi sangat bernilai. Kesimpulannya, remanp minda anda untuk menjadi positif dengan sentiasa fikir anda ada masa, jadikan visi & misi anda untuk mendidik anak berlandaskan Al-Quran dan sunnah, menjadi professional islam penghafaz al quran kerana mereka adalah salah satu harta dan bekalan kita untuk di bawa ke akhirat kelak. Semoga anda semua kaya berjaya dengan anak-anak soleh solehah hati tenang bahagia. Kaya itu mulia, lebih mulia dengan masa yang Allah berikan digunakan dengan mengingati Allah dan melakukan perkaranyang diredhai Allah sentiasa..Amin



*credit gambar: soar.actlikeasuccess.com
*credit: formulamasa. com

Intan
Public Gold Dealer PG 59676
013-9307110


Wednesday 6 April 2016

Memilih Emas sebagai Simpanan dan Pelaburan

Jika anda telah pun mula membaca tentang emas, pelaburan emas dan telah berjinak-jinak dengan emas, syabas saya ucapkan kerana anda telah memulakan langkah pertama iaitu mencari ilmu dalam hal berkaitan emas. 'Knowledge is power' - Sir Francis Bacon

Anda bacalah sebanyak yang mungkin, tanyalah orang yang sudah berjinak dalam pelaburan atau hal yang ingin anda ceburi. Kita perlu membuat penyelidikan sendiri supaya tidak tertipu dengan ikan-iklan yang terlalu banyak di merata-rata tempat sama ada di facebook, majalah, email dan sebagainya. Cara paling mudah ber'Google lah sebanyak mungkin, dan lebih baik jika kita dokumenkan penyelidikan kita untuk rujukan di masa depan.

Apakah ciri-ciri emas yang patut dipilih untuk kita jadikan pelaburan mahupun pelindung kekayaan kita? Saya kongsikan di sini, melalui ilmu yang saya perolehi daripada mentor saya, artikel di Google, pembacaan buku-buku seperti Zero Hutang oleh Zulkifli Shafie, Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas oleh Syukor Hashim, Magnet Emas oleh Ir Sofian dan pelbagai lagi.

Persoalan yang selalu diterima bila bercakap tentang emas:

1. Instrumen manakah yang paling menguntungkan, emas, ASB, Tabung Haji, saham, unit trust?

Mengikut ebook 5minit review tentang emas, ia bergantung kepada faktor masa kerana harganya yang turun naik seperti pasaran saham juga. Secara purata mengikut trend, harga emas meningkat 12.8% sejak 10 tahun lepas. Jika kita memasukkan kos-kos lain seperti zakat dan susut nilai, keuntungan adalah kira-kira 10% setahun. Secara perbandingan TH, ASB, KWSP dan emas adalah seperti graf di bawah. Apa yang saya lakukan adalah membuat pelaburan dalam pelbagai medium agar risiko dapat diagihkan. Saya juga menyimpan emas sebagai pelindung kekayaan. Pepatah orang putih ' don't put all eggs in 1 basket', bermaksud janganlah kita meletakkan semua yang kita ada pada 1 tempat sahaja. Jika ada perkara buruk berlaku, semua akan habis pada masa yang sama. Nauzubillah..




2. Bagaimana kita tahu apa yang dijual itu adalah emas tulen, dan bukannya satu penipuan?

Perkara pertama paling penting yang anda perlu buat adalah menuntut ilmu dengan membaca sebanyak yang mungkin tentang emas. Saya selalu merujuk artikel di mohdzulkifli.com dan jutawanemas.com. Sebenarnya banyak lagi blog yang menceritakan tentang emas. Setelah membaca, anda perlu membuat siasatan adakah syarikat yang menjual emas itu berada dalam alert list bank negara Malaysia? Jika ya, sila jauhkan diri anda kerana di situ sudah ada keraguan padanya. Anda boleh membuat semakan (artikel dikemaskini & Mac 2016)

http://www.bnm.gov.my/documents/2016/20160307_FCA_EN.pdf

3. Apakah emas yang sesuai sebagai pelaburan dan simpanan?

Di Malaysia terdapat pelbagai syarikat dan bank yang menawarkan sama ada barang kemas mahupun goldbar dan dinar. 3 platform yang sesuai untuk kita membeli emas sebagai pelaburan adalah kijang emas bank negara, UOB Bank dan Public Gold.

 4. Di mana boleh kita menjual semula emas yang dibeli?

Langkah terbaik adalah menjual di tempat kita membelinya. Tetapi walau apapun, kita selalunya boleh juga menjualnya di kedai emas, di bank. Tetapi kita perlu mengetahui syarat-syarat jual balik tempat untuk kita menjual semula emas tersebut. Ini kerana, ada sesetengah tempat tidak menerima emas yang bercalar, kemek dan sebagainya. Tetapi di Public Gold emas anda dijamin dibeli semula dengan apa keadaan sekali pun dengan berpandukan ketulenan dan berat emas tersebut.

5. Berapa modal minimum untuk bermula?

Modal minimum adalah serendah 1g emas yang harganya hari ini lingkungan RM171 ( tepat pada 4 April 2016 mengikut http://publicgold.com.my/v1/). Saya akan terangkan dengan lebih terperinci tentang pembelian melalui Public Gold dalam artikel akan datang. Jadi siapa kata membeli emas perlukan wang yang tinggi?

6. Apakah kriteria terbaik untuk memilih emas sebagai simpanan dan pelaburan?

  • Spread yang rendah (beza harga jual dan beli paling sikit/rendah)
  • Jaminan beli balik tanpa mengira kuantiti dan keadaan emas
  • Cawangan yang banyak untuk mudah urusan jual beli emas
  • Syarikat berkredibiliti tinggi bebas alert list bank negara
  • Harga per gram paling rendah
  • Stok yang tiada had

Diharap penerangan di atas serba sedikit membantu anda dalam membuat pemilihan yang baik dalam memilih emas simpanan dan pelaburan. Jika perlukan bantuan boleh whatsapp di 013-9307110 insyaallah saya akan cuba bantu. 

Intan 
PG 59676

Whatsapp : 0139307110

credit to

  1. http://mercunpadi.blogspot.my/2013/05/asb-vs-tabung-haji.html
  2. Ebook 5 Minit Review Emas oleh Zulkifli Shafie

. 

Sunday 3 April 2016

Matlamat Kewangan - Is money the root of all evil?

Saya menulis blog dengan tujuan untuk berkongsi ilmu serba sedikit yang saya dapat melalui pembacaan agar saya sendiri tidak lupa dengan apa yang telah dibaca. Kali ini saya akan berkongsi tentang kewangan berpandukan buku Zero Hutang tulisan En Zulkifli Shafie, sifu saya. Apakah yang bermain di kepala anda apabila bercakap tentang kewangan? Simpanan hari tua? Simpanan kecemasan? Pendapatan pasif? Segala-galanya adalah tepat untuk kita mulakan bicara tentang kewangan. Kita semua harus ada prinsip tentang kewangan yang akan membawa kita kepada kehidupan yang tenang shingga ke akhir zaman. Benarkah anda menganggap duit itu adalah punca kepada kejahatan? Jika ya, maka itulah yang akan terjadi pada anda apabila anda memikirkan tentang duit. Jadi mari kita lupakan dan buang terus dari minda kita bahawa duit itu punca kejahatan. Tukar pemikiran anda kepada kaya itu mulia, bak kata pepatah Inggeris ‘Everything needs money, but money is not everything’. Bagaimana itu berlaku?
Menurut Zulkifli Shafie, kita kena sentiasa pegang dalam hati dan minda kita bahawa kaya itu mulia. Apabila kita ada kewangan yang kukuh, kita dapat membantu orang lain dengan berzakat, bersedekah, membantu orang yang susah dengan menyampaikan hajat mereka. Apabila kita mempunyai kewangan yang sihat, kita mampu memberikan pendidikan yang terbaik untuk anak-anak kita, membelikan mereka buku-buku yang berfaedah bagi mereka menimba ilmu juga pelbagai jenis permainan berilmiah  untuk meningkatkan daya pemikiran. Jadi, mulai saat ini, marilah sama-sama kita berazam untuk menjadi orang kaya berjaya dan mulia. Insyaallah melalui apa yang kita fikirkan, Allah akan membantu kita mencapai cita-cita kita menjadi kaya berjaya mulia.
Antara perkara seperti yang dinyatakan dalam buku Zero Hutang seperti berikut:

  1.  Mengurus simpanan
  2.  Motivasi kewangan
  3.  Pengurusan Hutang


Saya akan berkongsi secara ringkas tentang perkara di atas. Jika anda ingin membaca dengan lengkap, anda boleh dapatkan buku tersebut di mohdzulkifli.com

1.       Mengurus simpanan
Bagaimana anda mengurus simpanan setiap bulan? Adakah anda menunggu duit lebihan setaip bulan untuk menyimpan? Jika ya, hentikan tindakan anda dan mulakan dengan berikan hadiah pada diri sendiri dengan menyimpan mulakan dengan 10% daripada pendapatan dan lakukan secara konsisten selama 6 bulan. Apa yang penting, seperti saya nyatakan dalam artikel terdahulu adalah letakkan matlamat dalam apa jua hal dalam hidup anda. Di sini, anda boleh mulakan dengan menyimpan matlamat untuk menyimpan 3 bulan pendapatan sebagai simpanan kecemasan anda yang tidak boleh diusik melainkan kecemasan sahaja. Duit akan sentiasa tidak mencukupi jika kita tidak berdisiplin. Jadi kunci utama adalah disiplin dan sabar untuk hidup di bawah kemampuan demi kesenangan di kemudian hari.  Walaupun kita akan merasa kering dek kita menyimpan, tapi kita kering berduit di saat kecemasan. Itu lebih penting. Jadi perkara pertama anda perlu lakukan, letakkan matlamat 3 bulan simpanan kecemasan perlu anda capai dalam jangkamasa tertentu. Ini akan membuatkan anda lebih teruja untuk menyimpan.

Menurut Zero Hutang, ade 7 prinsip penting dalam menyimpan wang. Antaranya potong 10% untuk menjadi simpanan yang dilupakan, dan kita mungkin boleh menggunakannya pada masa depan untuk pelaburan atau bisnes. Dana kecemasan sekurang-kurangnya 3 bulan pendapatan perlu menjadi matlamat awal kita untuk bermula ke arah bebas hutang jahat.
Selain itu, saya juga menggalakkan anda menyimpan emas sebagai medium untuk dilupakan kerana bila anda telah bermula meyimpan emas, anda akan ingin membeli lagi dan lagi dan lagi. Ia seperti magnet kekayaan, yang dengan membelinya, kita tidak akan pernah rugi kerana ia berharga sepanjang zaman sejak beribu tahun dahulu. Malah emas adalah kalis inflasi!

2.       Motivasi kewangan
Apa yang memotivasikan anda untuk menyimpan? Apa jua yang memotivasikan anda, ia perlu mendatangkan kebaikan kepada anda dan juga orang tersayang pada masa akan datang. Hakikatnya apabila telah berkahwin, lebih banyak perbelanjaan  akan diperlukan untuk memastikan kelangsungan hidup bersama isteri dan anak-anak. Bak kata Zulkifli seperti dalam bukunya, duit bukan penentu bahagia tetapi duit sangat penting untuk sempurnakan tanggungjawab kita. Rumah dan kenderaan yang selesa, pendidikan yang terbaik, makanan yang berkhasiat dan macam-macam lagi.

Selepas kita menyimpan duit kertas di dalam bank untuk kecemasan, kita juga boleh juga menukarkan simpanan dalam bentuk emas. Caranya, anda kirakan kos pada hari ini uuntuk menunaikan haji, contohnya rm10k, bahagikan secara purata harga emas kini contohnya rm 175, anda akan dapat 57.14g emas. Jadi matlamat tabung untuk menunaikan haji anda adalah 57 atau kita genapkan ke 58g. Selain dari tabung menunaikan haji, kita boleh juga menabung untuk

      • Pendidikan anak-anak
      • Tabung membeli rumah
      •  Tabung kereta


3.       Pengurusan Hutang
Hutang kepada bank, saudara mara, kawan-kawan semuanya harus dibayar. Jadi apabila kite meminjam, mesti diniatkan di Dalam hati untuk membayarnya Dalam apa jua keadaan sekali pun. Buku Zero Hutang ada menceritakan tentang kad hutang a.k.a kad kredit dan bagaimana ia boleh menjadi racun dalam kehidupan kita. Kad kredit ibarat kita membelanjakan duit yang belum ada di tangan. Jika anda tidak boleh mendisiplinkan diri untuk menyimpan dahulu sebelum berbelanja, maka elakkan dari menggunakan kad kredit. Perbelanjaan yang menggunkan kad kredit, jika tidak dibayar tepat pada waktunya akan menyebabkan anda membayar faedah sehingga 17% setahun. Ini adalah contoh hutang mudarat.

Bagaimana pula hutang berkat? Hutang berkat atau hutang baik ini, jika dibuat dan diuruskan dengan teratur, dispilin, cara yang betul akan dapat menambah nilai hidup dan harta kita. Contohnya seperti hutang hartanah, yang nampak seperti membebankan. Tetapi nilai hartanah tersebut semakin meningkat saban tahun, dan akhirnya dapat meningkatkan ‘networth’ kita pada masa hadapan.

Jadi, pertama sekali kita perlu merangka strategi bagi menyelesaikan hutang jahat satu persatu seperti hutang PTPTN, hutang personal loan, hutang kereta dahulu.  Teknik-tekniknya akan saya kongsikan pada artikel akan datang.

Diharap perkongsian ini dapat membantu anda serba sedikit memahami tentang kewangan dan membetulkan persepsi kita terhadap duit. Kaya itu mulia. Amin insyaallah.


Intan 
PG 59676

Credit: Zero Hutang @ http://www.mohdzulkifli.com/