Saturday 23 April 2016

Pengurusan Masa

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Saya seorang ibu bekerja dan mempunyai 2 orang anak tanpa pembantu rumah. Selama saya bergelar ibu bekerja ini, saya memang mengalami masalah tak cukup masa untuk menjalankan semua tanggungjawab saya dengan efisyien dan berkesan. Saya juga merupakan ibu yang menyusukan anak sepenuhnya. Pagi hari bangun untuk mengepam susu, menyiapkan anak-anak ke taska dan tadika, bersiap ke tempat kerja. Seharian ke tempat kerja, balik perlu memasak untuk makan malam, bermain di taman permainan jika anak ingin saya bersama dan seterusnya malam mangajar anak-anak Alif Ba Ta, membaca dan rutin itu akan diulang setiap hari. Adakah ini juga masalah anda sebagai ibu yang bekerja?

Alhamdulillah saya sangat bersyukur Allah mengizinkan saya melalui rakan baik saya yang memperkenalkan Pn Husna Haron yang mengasaskan http://www.formulamasa.com/.
Saya sangat-sangat menyarankan ibu bekerja untuk mengikuti seminar beliau. Jika tidak berkesempatan, boleh mengikuti kelas online beliau di link yang diberikan sebentar tadi. Jika anda mengikuti kelas online beliau (dengan bayaran yang sangat minimum berbanding dengan ilmu yang beliau kongsikan), anda akan mendapat ebook sebanyak 6 modul, video dan newsletter. Apalah nilai duit jika dibandingkan dengan masa yang kita rasa sangat berharga yang pergi tidak akan kembali lagi.

Perkara pertama yang ditekankan oleh Puan Husna adalah tentang hubungan kita dengan Allah yang memiliki masa dan seluruh sekalian alam. Adakah selama ini kita sering mengeluh tidak cukup masa untuk melakukan semuanya? Kita sering merungut tidak cukup masa, tiada 'me time', nak masak tiada masa dan macam-macam lagi yang sering menjadi kekangan hidup kita? Jika ya, mungkin itu adalah salah satu penyebab mengapa kita sering berasa tidak cukup masa. Apa yang kita fikir dan katakan juga adalah satu doa. Jika itu yang sering bermain di fikiran kita, itulah yang Allah kurniakan pada kita. ia juga berdasarkan 'law of attraction'. Jadi perkara pertama yang kita perlu lakukan adalah revamp minda, mulakan dengan istigfar dan berzikir sebanyak yang mungkin, dan tukar dari tiada masa kepada SAYA ADA MASA untuk semua yang saya mahu lakukan! Doa pada yang Esa untuk tukar rutin kita dan berikan kita lebih masa untuk anak-anak, diri sendiri, suami dan keluarga. Anda boleh membaca buku Law of Attraction oleh Rhonda Byrne untuk mengetahui lebih lanjut dan lengkap. Saya akan kongsikan tentang buku tersebut dalam entri masa depan.

Perkara penting kedua yang dinyatakan oleh Pn Husna adalah tentang solat di awal waktu. Saya akui saya memang sering kali lewat dan bertangguh dalam menunaikan solat. Ya Allah terasa hinanya saya kerana saya mahu Allah menjaga saya dan keluarga, tetapi saya tidak menjaga Allah dengan solat di awal waktu. Alhamdulillah, Allah izinkan saya untuk terus baiki diri ke arah menjadi insan yang disayangi Allah. Setelah kita tanam azam untuk solat di awal waktu, kita juga harus belajar cara solat dengan postur dan bacaan Al-Fatihah yang betul. Anda boleh google tentang kebaikan solat secara saintifik yang banyak terdapat di internet. Sesungguhnya solat dengan postur yang betul mengaktifkan titik tertentu di dalam badan kita yang dapat membantu kita menyerap tenaga semaksimum mungkin dari alam semesta. Kita revamp ini dahulu, dan ikuti dengan seterusnya.

Setelah minda sudah perlahan berjaya membuang perkataan saya tiada masa secara perlahan-lahan, anda perlu membuat perancangan, membuat jadual bukan sahaja untuk diri sendiri, malah untuk anak-anak. Jadual yang teliti dan lengkap adalah penting untuk memastikan anda tahu apa yang perlu dibuat selepas setiap pekerjaan. Minda yang serabut memikirkan setiap perkara yang perlu dilakukan adalah merupakan juga salah satu punca tidak cukup masa, hati tidak tenang dan sentiasa berkejar untuk melakukan semua perkara. Senaraikan rutin anda sekarang dan tulis rutin impian anda.
Rutin impian anda perlulah menagndungi 70% perkara rutin dan selebihnya non rutin seperti menjahit butang baju, kemas rak buku etc.

Saya tidak mampu untuk bercerita tentang semuanya di sini. Saya berkongsi secara kasar sahaja apa yang telah saya pelajari melalui Pn Husna Haron di dalam kelas online nya. Saya sangat-sangat menggalakkan anda untuk membeli kelas online tutorial mahupun seminar beliau kerana ilmu yang dikongsi sangat bernilai. Kesimpulannya, remanp minda anda untuk menjadi positif dengan sentiasa fikir anda ada masa, jadikan visi & misi anda untuk mendidik anak berlandaskan Al-Quran dan sunnah, menjadi professional islam penghafaz al quran kerana mereka adalah salah satu harta dan bekalan kita untuk di bawa ke akhirat kelak. Semoga anda semua kaya berjaya dengan anak-anak soleh solehah hati tenang bahagia. Kaya itu mulia, lebih mulia dengan masa yang Allah berikan digunakan dengan mengingati Allah dan melakukan perkaranyang diredhai Allah sentiasa..Amin



*credit gambar: soar.actlikeasuccess.com
*credit: formulamasa. com

Intan
Public Gold Dealer PG 59676
013-9307110


No comments:

Post a Comment