Sunday 9 April 2017

Berpantang di Confinement Centre - Mom Retreat Home

Assalamu'alaikum

Kini tiba masa saya tunaikan janji saya bercerita tentang berpantang. Saya kematian ibu 6 tahun yang lalu, ketika saya masih belum mempunyai anak. Saya berpantang 2 anak sebelum ini di rumah mertua dibantu oleh makcik wiwik pembantu rumah kakak saya. Ketika anak ketiga, saya tidak lagi dapat menggunakan khidmat pembantu kakak saya, jadi saya mencari alternatif lain, iaitu mencari mak bidan atau rumah berpantang yang boleh membantu saya berpantang tanpa stress. Hehehe stress adalah musuh no1 ibu berpantang kerana stress atau meroyan boleh menyebabkan pelbagai kejadian tak diingini berlaku.

Setelah membuat sedikit kajian, saya akhirnya memilih untu duduk di confinement centre yang dinamakan Mom Retreat Home. Anda yang berminat boleh klik di link ini ya.  http://www.momretreathome.com/
Biar saya kongsi serba sedikit servis kat sini yang tip top yang membuatkan saya memilih Mom Retreat Home. Biliknya memang sangat selesa, servis ala2 hotel. Staff akan datang mengemas bilik setial hari. Ada disediakan air panas dan biskut2 di bilik jika lapar di antara masa makan. Di sini kalori makanan memang dijaga dan menu semuanya adalah menu orang berpantang yang halal. Jadi anda semua tak perlu risau. Makanan disediakan di sini sebanyak 5 kali setiap hari dari sarapan pagi, makan tengahri, minum petang, makan malam dan supper. Jadi anda semua tak perlu risau kelaparan.

Untuk servis mengurut, ni yang paling best sebab sesi urutan badan, mandian herba dan tungku akan dilakukan setiap hari. Bertungku pula akan dibuat 2 kali setiap hari. Selain itu, setiap 5 hari akan dibuat lulur dan stim badan, terapi kaki dan kepala/rambut. Syoknya kan membayangkan diri dimanjakan begitu. Tukang urut semuanya ada kelulusan fisioterapi, nursing dan yang berkait dengannya. Jadi Insya Allah tak perlu risau kerana mereka tahu apa yang mereka buat, terutamanya berurut.

Untuk membolehkan kita ibu berpantang berehat secukupnya, bayi juga akan dijaga, dimandikan diurut oleh staf berpengalaman setiap hari. Jika kita tidak mahu memberi bayi susu ibu yang dipam, bolehla direct feed bayi, tak menjadi masalah kerana ia mengikut keselesaan kita. Kemudian, segala kelengkapan ibu dan bayi perlu di bawa sendiri dari rumah, semua baju kotor akan dicuci dan dilipat oleh staf setiap hari. Jadi memang worry free bila duduk di sini. Selain itu, anak2 dan suami boleh datang melawat ibu dan baby, tiada masalah di situ.

Selain dari servis di rumah pantang Mom Retreat Home, mereka juga ada meneydiakan pelbagai pakej berpantang datang ke rumah dan menginap, pakej basic urut dan tungku 2 jam, sehari 9am-6pm. Ingin tahu lebih lanjut boleh klik di link di atas ya.




Jumpa lagi di next entry. Insya Allah.


No comments:

Post a Comment