Sunday 2 April 2017

Kelahiran Anak ketiga

Assalamu'alaikum semua

Alhamdulillah saya sebenarnya berhenti menulis buat seketika waktu tahun lepas kerana saya mengandungkan anak ke3. Ia sangat mencabar kerana saya perlu bahagikan masa jalankan tanggungjawab sebagai hamba Allah, ibu kepada 2 anak, isteri kepada suami, bibik membuat kerja rumah dan eksekutif di pejabat di saat keadaan saya berbadan 2.

Memegang pelbagai tugas membuatkan masa yang ada sesungguhnya amat singkat dengan tanggungjawab yang ada. Sesungguhnya hanya Allah yang bantu saya selesaikan segala2 galanya.

Saya selamat melahirkan anak lelaki pada 9 Januari 2017 pada 6.20 petang di Hospital Pakar Perdana Kota Bharu. Alhamdulillah hanya Allah membantu saya selamat melahirkan anak yang sihat walafiat sesudah kelahiran bersama keadaan ibu yang stabil lepas kelahiran itu. . Kesemua kelahiran saya boleh dikatakan mencabar, kerana sakit bersalin kira 8-12jam atau lebih sejak daripada anak pertama. Saya redho itu bahagian yang Allah sudah tentukan untuk saya, memandangkan saya tidak alami sebarang alahan ketika 9 bulan mengandung. Alhamdulillah segala pujian bagi Allah yang menguasai segala di langit dan bumi.

Anak ke3 ini, saya sudah sakit sejak pukul 7 pagi, suami telah pun berangkat ke Terengganu untuk pulang bekerja. Ketika itu contraction lebih kurang 7-5 minit sekali. Jarak hospital yang dekat kira2 10-15minit perjalanan dari rumah mentua membuatkan doktor nasihatkan hanya datang ke hospital apabila contraction sekerap 5minit. Waktu ini saya sudah berada di minggu ke 39 kehamilan dan kesemua anak saya lahir sama ada pada minggu ke 40 atau 41.

Seminggu sebelum ini, saya sudah pun mula minum air akar fatimah yang direndam, memang rasanya seperti akar kayu- kayan tapi dengan niat semoga Allah izinkan saya bersalin normal dan mudahnya jalan terbuka dengan usaha saya tak seberapa. Saya gagahkan minum setiap hari. Akar ini didapati di Mekah dan boleh disimpan bertahun lamanya. Air akar ni boleh diminum 1-2minggu sebelum EDD anda bagi mudahkan jalan untuk terbuka.

Berbalik pada hari saya bersalin, setelah sakit mula terasa sangat kuat saya hanya mampu berzikir dan berbaring di katil sambil diurut suami di tempat terasa contraction tu berjam2 lamanya. Terima kasih ya Allah datangkan pada saya suami yang bersusah payah ketika saya bertarung nyawa mahu melahirkan baby Adam, 'Ammar dan Zahraa'. Ia rezeki yang amat bernilai buat saya.

Baby Adam beratnya 3.15kg dan disebabkan saya berada di posisi kurang bersedia ketika melahirkan, saya alami 1st degree perineal tear yang sakitnya hanya Alah yang tahu. Saya sukar bergerak hatta hanya untuk beralih punggung, mengiring apatah lagi bergerak ke tandas. Alhamdulillah suami lah yang membantu saya membuat segala pergerakan, selama saya di hospital dan pulang ke rumah.

Wahai suami2 di luar sana yang membaca, hargai lah isteri anda kerana Allah, jalankan tanggungjawab anda kerana Allah, sayangilah segala yang anda anda sekarang kerana Allah. Semoga hati kita semua tenang mengejar hanya kasih sayang Allah di muka bumi ini. Begitu juga sang isteri, lakukan setiap perkara sayangi suami dan anak, buat lah kerja rumah, kerja di pejabat setiap inci hidup kita semata2 kerana mencari sayang Allah. Semoga Allah membalas segala perlakuan kita ini dengan rahmat dan kasih sayangnya pada kita dan keluarga. Aminnn

Cerita tentang pantang akan saya kongsi di entry seterusnya ya. Nantikan next entry!
Assalamu'alaikum


No comments:

Post a Comment