Monday 21 March 2016

Emas - Pelaburan dan Pelindung Kekayaan

Saya mula berjinak-jinak dengan emas setelah merasakan pelaburan saya sekarang perlu dipelbagaikan. Selain hartanah, unit trust, Tabung Haji dan sebagainya adalah dalam bentuk wang kertas saya membuat penyelidikan selama beberapa bulan sebulan mengambil keputusan menceburi pelaburan dalam logam berharga atau ‘precious metal’. Terdapat berbagai-bagai skim jual beli emas dan pelaburan emas, tapi akhirnya saya memilih Public Gold untuk tujuan pelaburan. Tiada istilah terlewat dalam pelaburan, tapi ilmu + tindakan pantas akan membuatkan anda dapat melipatgandakan nilai asset yang ada secara optimum.

Kenapa saya membeli emas dan saya cadangkan anda juga harus bermula dengan segera menceburi pelaburan ini? Banyak artikel menyatakan perkara yang sama tentang emas, tetapi adakah anda tahu terdapat lebih 5 ayat al-Quran yang spesifik menyebut tentang emas dan perak? Adakah anda masih ragu-ragu untuk menceburi pelaburan tentang logam berharga ini walaupun Allah telah menyatakannnya di dalam Al-Quran? Adakah anda tahu bahawa emas bukan sahaja berharga di dunia, tapi juga di akhirat kerana ada ayat Al-Quran menyebut tentang emas menjadi perhiasan orang di syurga? Adakah ini dapat membantu meningkatkan keyakinan anda terhadap emas? 

Terdapat 11 ayat yang menyatakan tentang emas. Antaranya, sila lihat terjemahan ayat di bawah dan anda boleh rujuk sendiri di dalam Al-Quran:
1.       Al-Hajj (22:23) : Truly, Allah will admit those who believe (in the Oneness of Allah) and do righteous good deeds, to Gardens underneath which rivers flow (in Paradise), wherein they will be adorned with bracelets of gold and pearls and their garments therein will be of silk.

2.       Al-Imran (3:14): Beautified for men is the love of things they covet; women, children, much of gold and silver (wealth), branded beautiful horses, cattle and well-tilled land. This is the pleasure of the present world’s life; but Allah has the excellent return (Paradise with flowing rivers) with him.

3.       Al-Faatir (35:33): ‘Adn Paradise (everlasting Gardens) will they enter, therein will they be adorned with bracelets of gold and pearls, and their garments therein will be of silk.

Jika kita perhatikan ayat surah Al-Hajj dan Al-Faatir menyatakan tentang perkara yang sama di mana balasan bagi orang yang beramal soleh adalah perhiasan dari emas dan mutiara dengan pakaian daripada sutera. Jadi kita seharusnya tidak perlu lagi ragu-ragu tentang betapa berharganya emas, bukan sahaja di dunia tapi juga di akhirat. 

Ayat lain yang boleh menjadi rujukan anda adalah Surah Al-Kahfi: ayat 31, Surah az-Zukhruf: ayat 53, Surah Al-Isra': ayat 9, At-Taubah: ayat 34 – 35.
Selain daripada itu, terdapat beberapa lagi faktor yang mempengaruhi saya untuk melabur dan menyimpan emas iaitu:

1.       Emas sebagai pelindung kekayaan atau ‘wealth protector’ bak kata mentor saya Zulkifli Shafie. Ia kerana emas kalis inflasi berbanding mata wang fiat yang nilainya semakin hari semakin merosot. Contoh yang sering orang gunakan adalah tentang membeli seekor kambing zaman Rasulullah s.a.w 1400 tahun dahulu dengan 1 dinar, dan seekor kambing masih boleh dibeli dengan harga yang sama 1 dinar pada hari ini (harga 1 dinar kini bersamaan purata RM740). Jadi sekilo emas yang anda ada sekarang akan tetap mempertahankan nilainya sebagai sekilo emas 10 tahun mahupun 1000 tahun dari sekarang. Graf di bawah adalah contoh indeks harga barang consumer US dari tahun 1833 ke 1999 di mana kita dapat lihat indeks harga barang sentiasa menaik dan menjadikan nilai wang kertas yang ada semakin menurun dari tahun ke tahun. Sumber: https://www.measuringworth.com/graphs/graph_1.php#




2.       Harganya naik dalam jangkamasa panjang, berbanding wang kertas yang nilainya sentiasa menurun dalam jangkamasa panjang. Analogi biase yang diberikan adalah tentang harga nasi lemak di zaman 80-an bole dibeli dengan RM0.20, tetapi selepas 30tahun harganya mencapai RM2. Itulah namanya inflasi yang telah memakan nilai wang kertas kita. Graf di bawah menunjukkan peningkatan harga emas dalam jangkamasa panjang. Anda bole rujuk harga logam berharga bukan sahaja emas, tapi juga perak dan lain-lain di kitco.com





3.       Asset yang sangat mudah dicairkan apabila terdesak – Emas yang kita simpan boleh sahaja dicairkan sama ada menjualnya semula di kedai emas, atau di tempat kite membeli emas. Jadi, jika kita dalam keadaaan terdesak untuk menggunakan wang, jangan ragu-ragu dan pening kepala kerana emas masih ditangan dan boleh dijual untuk mendapatkan wang tunai. Terdapat baynyak faktor untuk memaksimumkan keuntungan ketika menjual emas di mana saya akan kongsikan di artikel akan datang, walaupun anda dalam keadaan terdesak.


4.       Emas boleh dijadikan modal bernilai tinggi – Selain sebagai pelindung kekayaan, emas boleh dijadikan modal untuk perniagaan dengan cara memajakknnya/mencagarkan di tempat yang selamat dan sah disisi undang-undang. Ramai pelabur emas sudah memanfaatkan kemudahan ini untuk memaksimakan keuntungan.




5. Emas adalah wang sepanjang zaman – Ia adalah medium transaksi dan pertukaran sejak berzaman-zaman lebih ribuan tahun dahulu melangkaui 3000-4000 tahun dahulu. Contoh serti di bawah. Jadi adakah kita masih lagi mahu menunggu? Anda boleh lihat lebih lengkap di http://ancientgoldcoins.com/ 


Intan (PG 59676)


Credit to:
magnet emas by Ir Sofian @ www.jutawanlogam.com






















No comments:

Post a Comment