Sunday 16 April 2017

Kitaran Perancangan Kewangan - Part 2


Assalamu’alaikum

Hari ini saya terpanggil nak kongsi tentang perancangan kewangan - part 2. Di sini saya tambah tentang perlindugan dan pelaburan sehinggalah ke wasiat untuk peninggalan kepada orang tersayang.

Kebanyakan orang tahu kita perlu simpan duit, 3-6bulan gaji sebagai simpanan kecemasan, kemudian apa lagi setelah ada simpanan kecemasan? Belanjakan apa yang selebihnya? Laburkan selebihnya? Sebenarnya bila bercakap pasal kewangan kita ada putaran/ kitaran kewangan yang melengkapkan kehidupan untuk mendapat ketenangan jiwa di akhirnya. Saya kongsikan kitaran ini hasil pembelajaran beberapa jam dengan kak saranadia yang giat berkongsi tentang pelaburan,  takaful, pembelian asset. Anda boleh buat carian di FB dengan nama Saranadia yang bersama 1 pasukan kak Ieza Yusof. Anda boleh belajar lebih banyak lagi dengan hadiri seminar dan layari fb Kak Ieza.

Kitaran kewangan bermula dengan pembinaan kekayaan secara kerja makan gaji atau berniaga dan bermacam2 lagi cara yang halal untuk kita bina kekayaan. Setelah kita bina, kita perlu urus kekayaan ini dengan betul agar ia dibelanjakan di jalan yang berfaedah dan mendatangkan manfaat untuk kita di masa depan. Di sinilah kita akan buat kira2 total pendapatan, perbelanjaan, simpanan wajib, perbelanjaan wajib, sampah dan kebocoran wang yang kita alami setiap bulan. Ini dimaksudkan dengan pengurusan kewangan. Simpanan wajib juga terbahagi kepada simpanan untuk perlindungan, dan pelaburan. Pelaburan ini sangat penting untuk memastikan kita bukan kerja untuk wang, tapi wang berkerja untuk kita. Secara amnya,

Simpanan: 30% dari pendapatan (10% perlindungan (Tabung Haji, ASB,Takaful, Insurans, Emas, Perak) 20% labur (Unit Trust, saham)
Perbelanjaan: 60% dari pendapatan (Rumah, Bil api air, telefon, kereta, sara hidup keluarga)
Sampah dan kebocoran aka Entertainment: 10% dari pendapatan (tengok wayang, Mc D, KFC, Astro, Melancong)

Setelah kita urus kekayaan, kita perlu lindung kekayaan iaitu perlindungan takaful sama ada kematian, kecacatan kekal, sakit kronik, kebakaran dan juga asset. Setelah lindung, laburkan lah kekayaan kita Dalam pelbagai platform yang ada serta mendapat pulangan lebih baik dari fixed deposit (simpanan dalam bank) seperti unit trust, KWSP, Private Retirement Scheme (PRS), Amanah Hartanh Bumiputera (AHB), saham di stock market dan ASB. Akhirnya kita bahagikan harta tersebut iaitu melalui wasiat. Wasiat sangat penting untuk memastikan harta kita semua dibahagikan secara adil dan saksama terhadap orang tersayang.

Jika di tanya pada saya, Tabung Haji merupakan salah satu badan institusi yang selamat selain menyimpan untuk menunaikan haji ia menjadi salah satu instrument pelaburan yang lebih baik dari fixed deposit dengan pulangan 4.5% pada tahun 2016 semasa zaman ekonomi gawat. Selain itu, kita juga boleh melabur Dalam pelbagai unit trust company berdaftar di Malaysia tidak kira secara tunai atau melalui KWSP akaun 1 jika anda mahu memaksimumkan pulangan dalam KWSP. Inilah yang dikatakan 10% lindung, 20% labur. 

Disiplin sangat penting dan amalan delayed gratification atau menangguhkan keinginan amatlah perlu demi untuk kehidupan senang di kemudian hari. Jika anda semua rabun kelabu mata melihat amount RM yang banyak di dalam akaun, boleh tukarkan kepada emas agar ia menjadi simpanan yang dilupakan. Contohnya dari kisah saya sendiri, saya menyimpan emas dan kemudian terus lupakan berapakah nilai yang ada sehinggalah saya mahu membeli rumah dan kekurangan dana untuk membayar peguam. Jadi saya telah pun menukarkan sebahagian emas jongkong saya kepada duit. Mudah kan, duit tak hilang, tapi nilainya tersimpan dalam emas yang ada. Lihat saja emas, semakin saying dan keinginan untuk beli dan beli dan beli lagi. Hehe

Selain labur dalam tabung Haji, unit trust, pembelian saham juga adalah salah satu cara yang halal dan cepat juga untuk menambah kekayaan. Terdapat banyak kaunter yang patuh syariah yang boleh beri pulangan lumayan 20-30% sebulan bergantung kepada saham yang dibeli, platform yang kita gunakan dan capital yang kita laburkan. Tetapi risiko tetap ada, Cuma menjadi trader atau pedagang saham tidaklah sesusah yang kita rasa. Ia mudah dengan segala informasi dihujung jari, hanya klik beli dan jual pada smartphone kita saja sudah memadai. Masa yang diperuntukkan juga tidak lama dalam sehari.  Saya akan berkongsi lebih lanjut tentang saham dalam entry seterusnya insya Allah.




Sampai di sini dulu, assalamu’alaikum dan terima kasih kerana sudi membaca blog saya. 

#berkongsilahwalausatuayat

Gambar credit to: dreamstime.com

Intan 0139307110

Sunday 9 April 2017

Berpantang di Confinement Centre - Mom Retreat Home

Assalamu'alaikum

Kini tiba masa saya tunaikan janji saya bercerita tentang berpantang. Saya kematian ibu 6 tahun yang lalu, ketika saya masih belum mempunyai anak. Saya berpantang 2 anak sebelum ini di rumah mertua dibantu oleh makcik wiwik pembantu rumah kakak saya. Ketika anak ketiga, saya tidak lagi dapat menggunakan khidmat pembantu kakak saya, jadi saya mencari alternatif lain, iaitu mencari mak bidan atau rumah berpantang yang boleh membantu saya berpantang tanpa stress. Hehehe stress adalah musuh no1 ibu berpantang kerana stress atau meroyan boleh menyebabkan pelbagai kejadian tak diingini berlaku.

Setelah membuat sedikit kajian, saya akhirnya memilih untu duduk di confinement centre yang dinamakan Mom Retreat Home. Anda yang berminat boleh klik di link ini ya.  http://www.momretreathome.com/
Biar saya kongsi serba sedikit servis kat sini yang tip top yang membuatkan saya memilih Mom Retreat Home. Biliknya memang sangat selesa, servis ala2 hotel. Staff akan datang mengemas bilik setial hari. Ada disediakan air panas dan biskut2 di bilik jika lapar di antara masa makan. Di sini kalori makanan memang dijaga dan menu semuanya adalah menu orang berpantang yang halal. Jadi anda semua tak perlu risau. Makanan disediakan di sini sebanyak 5 kali setiap hari dari sarapan pagi, makan tengahri, minum petang, makan malam dan supper. Jadi anda semua tak perlu risau kelaparan.

Untuk servis mengurut, ni yang paling best sebab sesi urutan badan, mandian herba dan tungku akan dilakukan setiap hari. Bertungku pula akan dibuat 2 kali setiap hari. Selain itu, setiap 5 hari akan dibuat lulur dan stim badan, terapi kaki dan kepala/rambut. Syoknya kan membayangkan diri dimanjakan begitu. Tukang urut semuanya ada kelulusan fisioterapi, nursing dan yang berkait dengannya. Jadi Insya Allah tak perlu risau kerana mereka tahu apa yang mereka buat, terutamanya berurut.

Untuk membolehkan kita ibu berpantang berehat secukupnya, bayi juga akan dijaga, dimandikan diurut oleh staf berpengalaman setiap hari. Jika kita tidak mahu memberi bayi susu ibu yang dipam, bolehla direct feed bayi, tak menjadi masalah kerana ia mengikut keselesaan kita. Kemudian, segala kelengkapan ibu dan bayi perlu di bawa sendiri dari rumah, semua baju kotor akan dicuci dan dilipat oleh staf setiap hari. Jadi memang worry free bila duduk di sini. Selain itu, anak2 dan suami boleh datang melawat ibu dan baby, tiada masalah di situ.

Selain dari servis di rumah pantang Mom Retreat Home, mereka juga ada meneydiakan pelbagai pakej berpantang datang ke rumah dan menginap, pakej basic urut dan tungku 2 jam, sehari 9am-6pm. Ingin tahu lebih lanjut boleh klik di link di atas ya.




Jumpa lagi di next entry. Insya Allah.


Sunday 2 April 2017

Kelahiran Anak ketiga

Assalamu'alaikum semua

Alhamdulillah saya sebenarnya berhenti menulis buat seketika waktu tahun lepas kerana saya mengandungkan anak ke3. Ia sangat mencabar kerana saya perlu bahagikan masa jalankan tanggungjawab sebagai hamba Allah, ibu kepada 2 anak, isteri kepada suami, bibik membuat kerja rumah dan eksekutif di pejabat di saat keadaan saya berbadan 2.

Memegang pelbagai tugas membuatkan masa yang ada sesungguhnya amat singkat dengan tanggungjawab yang ada. Sesungguhnya hanya Allah yang bantu saya selesaikan segala2 galanya.

Saya selamat melahirkan anak lelaki pada 9 Januari 2017 pada 6.20 petang di Hospital Pakar Perdana Kota Bharu. Alhamdulillah hanya Allah membantu saya selamat melahirkan anak yang sihat walafiat sesudah kelahiran bersama keadaan ibu yang stabil lepas kelahiran itu. . Kesemua kelahiran saya boleh dikatakan mencabar, kerana sakit bersalin kira 8-12jam atau lebih sejak daripada anak pertama. Saya redho itu bahagian yang Allah sudah tentukan untuk saya, memandangkan saya tidak alami sebarang alahan ketika 9 bulan mengandung. Alhamdulillah segala pujian bagi Allah yang menguasai segala di langit dan bumi.

Anak ke3 ini, saya sudah sakit sejak pukul 7 pagi, suami telah pun berangkat ke Terengganu untuk pulang bekerja. Ketika itu contraction lebih kurang 7-5 minit sekali. Jarak hospital yang dekat kira2 10-15minit perjalanan dari rumah mentua membuatkan doktor nasihatkan hanya datang ke hospital apabila contraction sekerap 5minit. Waktu ini saya sudah berada di minggu ke 39 kehamilan dan kesemua anak saya lahir sama ada pada minggu ke 40 atau 41.

Seminggu sebelum ini, saya sudah pun mula minum air akar fatimah yang direndam, memang rasanya seperti akar kayu- kayan tapi dengan niat semoga Allah izinkan saya bersalin normal dan mudahnya jalan terbuka dengan usaha saya tak seberapa. Saya gagahkan minum setiap hari. Akar ini didapati di Mekah dan boleh disimpan bertahun lamanya. Air akar ni boleh diminum 1-2minggu sebelum EDD anda bagi mudahkan jalan untuk terbuka.

Berbalik pada hari saya bersalin, setelah sakit mula terasa sangat kuat saya hanya mampu berzikir dan berbaring di katil sambil diurut suami di tempat terasa contraction tu berjam2 lamanya. Terima kasih ya Allah datangkan pada saya suami yang bersusah payah ketika saya bertarung nyawa mahu melahirkan baby Adam, 'Ammar dan Zahraa'. Ia rezeki yang amat bernilai buat saya.

Baby Adam beratnya 3.15kg dan disebabkan saya berada di posisi kurang bersedia ketika melahirkan, saya alami 1st degree perineal tear yang sakitnya hanya Alah yang tahu. Saya sukar bergerak hatta hanya untuk beralih punggung, mengiring apatah lagi bergerak ke tandas. Alhamdulillah suami lah yang membantu saya membuat segala pergerakan, selama saya di hospital dan pulang ke rumah.

Wahai suami2 di luar sana yang membaca, hargai lah isteri anda kerana Allah, jalankan tanggungjawab anda kerana Allah, sayangilah segala yang anda anda sekarang kerana Allah. Semoga hati kita semua tenang mengejar hanya kasih sayang Allah di muka bumi ini. Begitu juga sang isteri, lakukan setiap perkara sayangi suami dan anak, buat lah kerja rumah, kerja di pejabat setiap inci hidup kita semata2 kerana mencari sayang Allah. Semoga Allah membalas segala perlakuan kita ini dengan rahmat dan kasih sayangnya pada kita dan keluarga. Aminnn

Cerita tentang pantang akan saya kongsi di entry seterusnya ya. Nantikan next entry!
Assalamu'alaikum


Sunday 26 March 2017

Simpanan Emas - Kelebihan Public Gold sebagai Platform Jual Beli Emas

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Kali ini saya ingin berkongsi tentang kelebiahn Public Gold sebagai platform jual beli emas yang terulung di Malaysia setakat ini. Kita semua mengetahui kini terlalu banyak skim-skim pelaburan emas yang menipu orang ramai dengan berbagai cara. Jadi, orang ramai masih takut atau pun tidak celik ilmu tentang emas. Saya sendiri mengambil masa selama 6 bulan sebelum membuat keputusan untuk membeli emas Public Gold. Pertanyaan yang sering kali saya dapat adalah,
1. mengapa mahu beli emas jongkong, bukannya boleh dipakai pun?
2. emas yang dibeli tu betul-betul tulen kah?
3. boleh percaya kah syarikat yang menjual itu?
4. jika kita membeli emas jenama Public Gold, di manakah kita boleh menjualnya semula?
5. adakah emas jenama Public Gold ini diterima di Ar-rahnu?

Itu antara soalan yang sentiasa bermain di fikiran ramai orang. Alhamdulillah setelah beberapa bulan membuat analisis, pembacaan dan kajian saya yakin 200% Public Gold adalah emas yang terbaik sebagai pelindung kekayaan saya kini.

Kenapa Public Gold?

1. Ia ditubuhkan 8 tahun yang lalu pada tahun 2008 dan berkembang kini mempunyai 18 cawangan seluruh negara, termasuk terbaru di Indonesia yang baru sahaja dibuka tahun ini. - bisnes berkembang baik dan sistem pengurusan jual belinya kukuh. Ini bermakna urusan jual beli semakin mudah dengan banyaknya cawangan.

2.  di Anugerakan 2x oleh Malaysia book of records 1st Malaysian corporate company to produce certified gold and silver bullion bars locally. Enhance quality, engage assaying facility to conduct testing and certification of gold products

3. ada platform jual beli emas online yang membolehkan kita berjual beli 24 jam sehari di mana jua anda berada selagi anda ada akses ke internet. Ada official dealer utk memberi tunjuk ajar tentang pembelian, jualan semula dan bermacam-macam lagi tentang gold

4. Public Gold menerima 11 anugerah - pengiktirafan kepada syarikat - Malaysia Book of Records 2009 2010, The Star Outstanding Business Award 2011, ASEAN Retail Chains and Franchise Federation Award (ARFF) 2010, The Brand Laureate SMEs Chapter Award 2012

5. Setakat pemerhatian saya sejak 2010, Public Gold yang terbaik. Sebab paling utama, senang beli, senang jual dan paling penting, untung maksimumbila jual balik; (1) Harga lebih murah sekitar RM15 – RM20 segram berbanding kedai emas, (2) Susut nilai antara yang terendah di Malaysia, (3) Ada 18 cawangan & dealer banyak seluruh Malaysia, (4) Stok tiada had, dan (5) Public Gold jamin beli balik emas tu bila kita nak jual. Ada 5 lagi kelebihan emas Public Gold, boleh baca di  www.bit.ly/kelebihanemaspg .

6. harga jongkong emas lebih murah dari kedai emas
7. tiada yuran keahlian - beli emas dapat emas..duit tidak lebur utk yuran ahli
8. tiada gst - kerana IPM purely for savings and investment not for jewellery
8. susut nilai terendah di pasaran
9. stok tiada had
10. jaminan beli balik walau pun rosak
11. diterima meluas oleh ar rahnu - Tapi mulai Oktober 2013, Ar-Rahnu Bank Rakyat dan Ar-Rahnu Pos Malaysia terima semua jenis emas Public Gold dan beberapa jenama emas lain yang terpilih. Dua ar-rahnu ni ialah ar-rahnu terbesar di Malaysia. Ar-rahnu lain macam Ar-Rahn PKB, Ar-Rahnu Koperasi Tentera, dan Ar-Rahnu Ekspress, memang dah lama terima emas Public Gold.
12. keupayaan beli balik dalam jumlah yang besar
13. emas disertakan dgn sijil ketulenan - bentuk kad
14. Kini ada 3 cara jual beli yang sudah patuh syariah dalam Public Gold - beli secara tunai, beli emas dapat emas, secara easy payment purchase aka EPP - buat bayaran 10x max kemudian boleh dapatkan emas, beli secara online buat bayaran boleh collect di mana2 cawangan Public Gold dan Ar Rahnu pos. 

Sungguh mudah dengan Pubic Gold kan. Boleh hubungi Whatsapp saya 013-9307110 untuk pertanyaan dan bantuan dalam simpanan emas. 

Jumpa di entry akan datang. 

Sunday 19 March 2017

Kereta Alami Kemalangan dan Cara Nak buat Claim Insurans

Assalamualaikum
It’s been a while since I wrote the last entry. Lama sungguh tak menulis Ya Allah. Sesungguhnya Allah izinkan seakrang untuk menulis. Hari ini nak kongsi tentang buat claim insurans kereta. Ni kira intro sikit la ye. Semalam, hari Rabu pukul 4 petang, 15/3/2017 abah dah langgar kereta orang dekat dengan rumah. Kereta nama Intan, second driver nama abah, sebab memang kereta abah pun cuma guna nama Intan untuk buat pinjaman masa tahun 2012. Abah dah nak masuk 78 tahun umurnya dan baru saja keluar dari hospital sebab gout pada Selasa 14/3. Doktor memang dah bagitau abah dah tak boleh lagi memandu, dia ade dementia atau kita panggil declining in mental ability which boleh ganggu daily life. Dia mula lupa, cakap benda sama berulang kali etc2. Bile dia memandu dah tak boleh nak buat judgement properly. Sedih bila ingatkan keadaan abah. Cerita tentang abah lain entry la ye.
               Jadi sekarang mula dengan apa setelah kita accident? Perkara pertama sila pastikan kereta anda pandu ada nama anda Dalam polisi insurans. Kalau tak ada, kene Tanya ejen pula macam mana nak buat claim ya. Saya buatkan dalam point form supaya senang untuk kita buat panduan.
1.      Pastikan nama kita ada dalam insurans kereta yang dipandu. Tak kira sebagai pemilik atau pemandu kedua.
2.      Amik gambar kereta kita dan semua yang dilanggar dari 4 sudut ya – yang rosak tu mesti, kiri kanan depan dan belakang. Pastikan plat number mesti nampak tau.
3.      Buat laporan polis di balai polis trafik, bukan balai polis biasa tu. Dengan report tu baru boleh hantar ke bengkel.
4.      Boleh call no insurans kereta kita untuk Tanya kan bengkel yang didalam senarai mereka. Kita panggil bengkel panel la lebih kurang. Macam klinik panel. Untuk Etiqa Takaful, kereta kurang dari 5 tahun kita memang boleh terus hantar ke OEM workshop, OEM = original equipment manufacturing. Maknanya kalau kereta kita Honda, boleh terus hantar ke Honda, Proton ke proton, perodua ke workshop perodua.
5.      Masa di bengkel, document diperlukan:
a.      IC pemilik
b.      IC pemandu
c.      Geran kereta ( kalau belum habis bayar, kene minta bank tolong email copy)
d.      Polisi insurans
e.      Salinan report polis
6.      Nanti pihak bengkel akan semak dengan syarikat insurans dan adjuster dari syarikat insurans akan lihat kereta untuk buat anggaran kos baiki.
7.      Yang terbaik, polisi insurans 1st part akan cover semua kerosakan termasuk kereta orang yang dilanggar. Kalau 3rd party, pihak insurans hanya akan tanggung pihak yang dilanggar sahaja.
8.      Info tambahan tentang insurans, banyak syarikat insurans tak cover kereta yang melebihi usia 15 tahun. Setakat saya survey, hanya Etiqa sahaja yang masih cover tetapi ade minimum amount tak silap rm10k walaupun harga market value kereta kurang dari itu. Lepas usia kereta melebihi 20 tahun, hanya 3rd party insurans sahaja yang boleh diambil juga dengan Etiqa takaful.
9.      Kalau insurans expired lebih dari 1 bulan, kita tak boleh gunuak khidmat MyEG untuk renew insurans, tapi perlu call terus Etiqa di nombor ini, jika orang ni masih di Etiqa la ye.
Muhammad Faizin (Zain)
Sales Consultant
Etiqa Insurance & Takaful
Tel: 1300 139 139 / 03 2731 5010
Fax: 03 2297 1919


Apapun, harap informasi ini ada gunanya, sekadar berkongsi maklumat. Jumpa lagi dalam next entry insya Allah. 

Tuesday 26 April 2016

Putaran Pengurusan Kewangan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Kali ini saya akan menulis tentang putaran pengurusan kewangan. Saya bukanlah pakar dalam pengurusan kewangan, tapi niat saya adalah untuk berkongsi ilmu dengan pembaca semua tentang bahan rujukan saya gunakan dalam membaiki kehidupan ke arah yang lebih baik. Saya ingin kongsikan buku yang ditulis oleh Alwi Adam bertajuk DIY 360 darjah Mengurus Wang. Anda boleh dapatkan buku beliau secara online di http://ezaz.my/

Perkara pertama yang perlu dilakukan terhadap kewangan kita adalah analisa penyata kewangan kita sekarang. Senaraikan pendapatan aktif dan pasif, semua perbelanjaan wajib dan tak wajib. Semak aliran tunai kita dengan menolak pendapatan dengan perbelanjaan. Jika hasilnya adalah positif, tahniah anda berada di landasan yang betul. Disiplin yang tinggi dan konsisten sangat penting untuk mencapai kebebasan kewangan kita, ini termasuklah simpan dahulu duit gaji yang diterima, barulah berbelanja apa yang tinggal. Bukan sebaliknya, kerana simpanan anda itulah hadiah untuk diri dan keluarga anda. Jika aliran tunai anda adalah negatif, semak semula perbelanjaan anda sama ada, ansuran bulanan kereta anda terlalu tinggi, anda hanya ada 1 punca pendapatan dan sebagainya. 

Perkara kedua yang ditekankan adalah matlamat kewangan anda. Apa yang ingin anda capai dalam masa beberapa tahun. Contohnya seperti ingin menyediakan 6 bulan gaji sebagai simpanan kecemasan anda dalam masa setahun, memiliki rumah 2 rumah sewa yang beraliran tunai positif sebanyak RM1000 dan bermacam-macam lagi. Tulis matlamat anda, tampalkan di sekeliling dinding rumah, tandas supaya ia sudah menjadi sebahagian daripada minda separuh sedar anda, mengikut 'law of attraction' yang telah dinyatakan dalam entri sebelum ini. Menurut Alwi Adam dalam bukunya, 'Konsep wang adalah kita perlu memberitahu duit kita ke mana ia harus pergi, bukan berfikir-fikir ke mana ia pergi. 

Ketiga, perancangan belanjawan termasuk dalam salah satu proses pengurusan kewangan. Dalam bab ini, ia menceritakan tentang pengurusan risiko dan takaful. Hidup kita penuh dengan risiko yang harus dihadapi, seperti risiko mendapat penyakit dan bencana alam. Risiko terbahagi kepada 2, risiko tulen dan spekulatif. Risiko tulen seperti rumah kita roboh kerana bencana alam di mana dari segi kewangan ia tidak memberi kelebihan, malah boleh jadi mencacatkan pelan kewangan anda. 
Risiko spekulatif pula boleh memberi keuntungan atau kerugian kepada kita. Ini contohnya seperti anda melabur dalam pasaran saham yang ada risiko untung ruginya. Pengiraan risiko adalah penting untuk membolehkan anda mendapat keuntungan daripanya sama ada jangkamasa pendek atau panjang. Setelah risiko dikenalpasti, ia harus diuruskan sebaiknya. Ini bekenaan risiko tulen seperti penyakit yang kemungkinan boleh dihadapi. Jadi kita boleh menguruskan risiko tersebut dengan memindahkannya kepada syarikat insuran dan takaful. 

Kini, terdapat pelbagai produk takaful dipasaran yang boleh dipilih bersesuaian dengan keadaan kewangan dan risiko yang dipindahkan. Kita perlu memastikan ia adalah takaful yang dihalalkan dalam islam, dan menilai produk yang ditawarkan. Terdapat pelbagai kelebihan seperti, pelaburan, simpanan, haji dan umrah serta bermacam-macam lagi. Seharusnya kita perlu mengambil polisi asas sahaja iaitu kematian, kecacatan kekal dan penyakit kritikal. Jika kita ingin membuat simpanan atau pelaburan, kita boleh terus menyimpan di Tabung Haji, ASB dan lain-lain institusi yang patuh syariah dan memberi pulangan tinggi. 

Terdapat banyak lagi topik yang penting dikupas dalam buku DIY 360 darjah Mengurus Wang oleh Alwi Adam. Ia buku yang sangat saya cadangkan kepada anda di luar sana untuk menambah baik keadaan kewangan anda. Semoga artikel ini dapat membantu anda mencari buku yang berkualiti sebagai bahan bacaan dalam memperbaiki hidup kita hari ini ke tahap yang lebih baik. 




Sekian, wassalam

Intan Syafinaz Zubir
Public Gold Authorize Dealer PG 59676
0139307110


Saturday 23 April 2016

Pengurusan Masa

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Saya seorang ibu bekerja dan mempunyai 2 orang anak tanpa pembantu rumah. Selama saya bergelar ibu bekerja ini, saya memang mengalami masalah tak cukup masa untuk menjalankan semua tanggungjawab saya dengan efisyien dan berkesan. Saya juga merupakan ibu yang menyusukan anak sepenuhnya. Pagi hari bangun untuk mengepam susu, menyiapkan anak-anak ke taska dan tadika, bersiap ke tempat kerja. Seharian ke tempat kerja, balik perlu memasak untuk makan malam, bermain di taman permainan jika anak ingin saya bersama dan seterusnya malam mangajar anak-anak Alif Ba Ta, membaca dan rutin itu akan diulang setiap hari. Adakah ini juga masalah anda sebagai ibu yang bekerja?

Alhamdulillah saya sangat bersyukur Allah mengizinkan saya melalui rakan baik saya yang memperkenalkan Pn Husna Haron yang mengasaskan http://www.formulamasa.com/.
Saya sangat-sangat menyarankan ibu bekerja untuk mengikuti seminar beliau. Jika tidak berkesempatan, boleh mengikuti kelas online beliau di link yang diberikan sebentar tadi. Jika anda mengikuti kelas online beliau (dengan bayaran yang sangat minimum berbanding dengan ilmu yang beliau kongsikan), anda akan mendapat ebook sebanyak 6 modul, video dan newsletter. Apalah nilai duit jika dibandingkan dengan masa yang kita rasa sangat berharga yang pergi tidak akan kembali lagi.

Perkara pertama yang ditekankan oleh Puan Husna adalah tentang hubungan kita dengan Allah yang memiliki masa dan seluruh sekalian alam. Adakah selama ini kita sering mengeluh tidak cukup masa untuk melakukan semuanya? Kita sering merungut tidak cukup masa, tiada 'me time', nak masak tiada masa dan macam-macam lagi yang sering menjadi kekangan hidup kita? Jika ya, mungkin itu adalah salah satu penyebab mengapa kita sering berasa tidak cukup masa. Apa yang kita fikir dan katakan juga adalah satu doa. Jika itu yang sering bermain di fikiran kita, itulah yang Allah kurniakan pada kita. ia juga berdasarkan 'law of attraction'. Jadi perkara pertama yang kita perlu lakukan adalah revamp minda, mulakan dengan istigfar dan berzikir sebanyak yang mungkin, dan tukar dari tiada masa kepada SAYA ADA MASA untuk semua yang saya mahu lakukan! Doa pada yang Esa untuk tukar rutin kita dan berikan kita lebih masa untuk anak-anak, diri sendiri, suami dan keluarga. Anda boleh membaca buku Law of Attraction oleh Rhonda Byrne untuk mengetahui lebih lanjut dan lengkap. Saya akan kongsikan tentang buku tersebut dalam entri masa depan.

Perkara penting kedua yang dinyatakan oleh Pn Husna adalah tentang solat di awal waktu. Saya akui saya memang sering kali lewat dan bertangguh dalam menunaikan solat. Ya Allah terasa hinanya saya kerana saya mahu Allah menjaga saya dan keluarga, tetapi saya tidak menjaga Allah dengan solat di awal waktu. Alhamdulillah, Allah izinkan saya untuk terus baiki diri ke arah menjadi insan yang disayangi Allah. Setelah kita tanam azam untuk solat di awal waktu, kita juga harus belajar cara solat dengan postur dan bacaan Al-Fatihah yang betul. Anda boleh google tentang kebaikan solat secara saintifik yang banyak terdapat di internet. Sesungguhnya solat dengan postur yang betul mengaktifkan titik tertentu di dalam badan kita yang dapat membantu kita menyerap tenaga semaksimum mungkin dari alam semesta. Kita revamp ini dahulu, dan ikuti dengan seterusnya.

Setelah minda sudah perlahan berjaya membuang perkataan saya tiada masa secara perlahan-lahan, anda perlu membuat perancangan, membuat jadual bukan sahaja untuk diri sendiri, malah untuk anak-anak. Jadual yang teliti dan lengkap adalah penting untuk memastikan anda tahu apa yang perlu dibuat selepas setiap pekerjaan. Minda yang serabut memikirkan setiap perkara yang perlu dilakukan adalah merupakan juga salah satu punca tidak cukup masa, hati tidak tenang dan sentiasa berkejar untuk melakukan semua perkara. Senaraikan rutin anda sekarang dan tulis rutin impian anda.
Rutin impian anda perlulah menagndungi 70% perkara rutin dan selebihnya non rutin seperti menjahit butang baju, kemas rak buku etc.

Saya tidak mampu untuk bercerita tentang semuanya di sini. Saya berkongsi secara kasar sahaja apa yang telah saya pelajari melalui Pn Husna Haron di dalam kelas online nya. Saya sangat-sangat menggalakkan anda untuk membeli kelas online tutorial mahupun seminar beliau kerana ilmu yang dikongsi sangat bernilai. Kesimpulannya, remanp minda anda untuk menjadi positif dengan sentiasa fikir anda ada masa, jadikan visi & misi anda untuk mendidik anak berlandaskan Al-Quran dan sunnah, menjadi professional islam penghafaz al quran kerana mereka adalah salah satu harta dan bekalan kita untuk di bawa ke akhirat kelak. Semoga anda semua kaya berjaya dengan anak-anak soleh solehah hati tenang bahagia. Kaya itu mulia, lebih mulia dengan masa yang Allah berikan digunakan dengan mengingati Allah dan melakukan perkaranyang diredhai Allah sentiasa..Amin



*credit gambar: soar.actlikeasuccess.com
*credit: formulamasa. com

Intan
Public Gold Dealer PG 59676
013-9307110